Monday, August 22

Aplikasi ilmu teknik editing yang mudah dan eksklusif

Text : Sharifah Noorhidayah
Foto: Sharifah Noorhidayah

Assalamualaikum.
Hari ni seharian tak dapat nak update entri baru walaupun idea menulis meronta-ronta mahu keluar.

Hari isnin selalu dikaitkan dengan Monday Blues kan.
tapi saya hari ni alhamdulillah bersemangat nak aplikasikan ilmu editing yang baru belajar semala di kursus anjuran MDEC.

Ok..jom saya share sedikit berkenaan editing ni.
Saya sebenarnya baru tahu boleh edit dengan mudah menggunakan apps www.canva.com, mungkin sebenarnya suri-suri dok gelak je.Kami dah guna lama dah oi..hehe

tak ape.ni pon satu ilmu kot ada yang tak tahu lagi kan.
ok.macam mana nak guna?
Pertama sekali log in di www.canva.com
Kemudian akan minta kita log in with facebook or google. Jadi kita pilih lah, macam saya semalam, saya pilih log in with facebook.
ok bila dah dpt log in. ok mula lah start pilih nak edit untuk apa. Ada macam-macam tau, ada untuk facebook cover, social media, poster,flyers dan banyak lagi lah.saya tak ingat
sebab sekarang tak berada di hadapan pc.

ok.bila dah pilih.boleh start pula pilih layout.Ok contoh saya td pilih social media. lepas tu boleh kita nak pilih mana-mana yang berkenan dihati
ada yang berbayar dan ada yang free.kalau ada bajet pilih la yang berbayar tu.hehe.

ok.ni contoh yang saya dah edit
cantik tak?

ni contoh yang saya dah buat.Cantik tak?


ok.kemudian bila kita dah edit cantik-cantik. kita boleh save la. macam mana? ok boleh klik download dan pilih save with ipg. kemudian picture yang di edt akan ter save. 
kemudian, bila dah siap save. kita klik download here dan picture akan tersave diruangan download dan kemudian.taadaa
dah boleh guna untuk upload di medium marketing kita.

selamat mencuba suri-suri yang rajin dan berjaya. dah buat nanti share la dengan saya.






Sunday, August 21

Kursus e-usahawan Desa Part 2

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum
Selamat pagi suri-suri semua
Pagi ini sekali lagi  saya berkesempatan menghadiri kursus e-usahawan desa anjuran MDEC.

Untuk sambungan semalam, hari ni belajar tentang Facebook.
Bagaimana nak jadikan facebook sebagai platform perniagaan.

ok.nanti saya share kan tentang kupasan ilmu hari ni ye.

sekarang fokus dulu pada kelas.

Saturday, August 20

Kursus E-usahawan Desa

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.
salam hujung minggu.

Alhamdulillah.Hari ini diizinkan Allah untuk menjadi sebahagian peserta 'Kursus eUsahawan Desa'.

Kalau dah jadi bisneswoman ni. Kena lah menuntut ilmu bisnes plak kan. apa-apa kita buat perlu ada ilmu. Baru lah kita boleh maju,kaya dan berjaya.

Walaupun sampai agak lewat atas sebab yang tak dapat dielakkan(cewah ..macam femes pulak kan),dapat jugak catch up apa yang disampaikan guru.

Alhamdulillah,banyak ilmu yang berguna yang tidak tahu, yang kurang tahu dan yang tahu tapi tak dipraktikalkan.

Best sangat kelas ni. belajar A to Z tentang usahawan online...
hari ni belajar tentang USP,Instagram,Whatsapp, dan Marketplace..

Anak-anak soleh pon tunjukkan akhlak yang baik.Jadi umi dan walid pon hepi belajar hari ni.

ok.Esok sambung lagi..Tak sabar nak tunggu hari esok.

Friday, August 19

Jom baca Surah Al-Kahfi

Text: Sharifah Noorhidayah
Foto: Sumber dari facebook

Bismillahirrahmaniirrahim.
Alhamdulillah.segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah.dipertemukan lagi pada hari yang barakah.

Suri-suri sihat?
Dah baca al-kahfi?

kenapa surah al-kahfi?
kerana sunnah kita membaca surah alkahfi pada setiap hari jumaat.

Dan terdapat dalam sebuah hadis
"barang siapa yang membaca surah al-kahfi akan disinari  cahaya antara 2 jumaat (Hr An-nasai dan al-baihaqi).
Al-Bani mengatakan hadis ini sahih sebagaimana dalam sahihul Jami' no 6470.

ada juga hadis lain yang berbunyi
"Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah al-kahfi akan terhindar dari fitnah dajjal"- (HR Muslim).

Besarkan fadilat surah al-kahfi?

Jom kita luangkan masa untuk membaca surah al-kahfi.
Mari saya kongsikan antara tips-tips nak baca surah al-kahfi.

pertama:
suri-suri boleh luangkan masa setiap kali lepas solat fardhu.
Surah al-kahfi ada 11 muka surat.Jadi satu waktu solat boleh luangkan baca 2 muka surat. 2m/s ×5 waktu =10m/s..lagi satu m/s boleh la terus habiskan.

kedua:
surah al-kahfi ada 110 ayat. Jadi setiap selepas solat fardhu boleh lah baca dalam 22 ayat.
22ayat ×5 kali solat =110ayat.haa dah habis satu surah.Mudah kan?

ketiga:
boleh luangkan masa dalam 40 ke 45 minit untuk baca surah al-kahfi.
Atau boleh membuat halaqah bersama teman-teman atau keluarga atau jiran-jiran. sambil tu dapat eratkan sillaturrahim.

Selamat mencuba ye suri-suri.
Belum cuba belum tahu kan.
Bila selalu buat ia akan jadi mudah.

Thursday, August 18

PROMOSI DAH TAMAT???

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.
Sepanjang promosi Jubah Zinnirah..
Ramai yang tak lepaskan peluang untuk dapat harga TERKEJUT dari butikrehlaizaa..

Ye laaah..mana nak dapat Jubah yg Cantik dan Anggun dengan harga bawah rm90.
Serius? Bawah rm90.
Ya rm88 sahaja.

Sebab itu sepanjang Promosi.
kami tak menang tangan dibuat nya.
Alhamdulillah.

Nantikan keluaran Jubah Terbaru Kami.
Kami sentiasa memikirkan Jubah yang Anggun dan Cantik SPECIAL untuk anda.

ok lah.dah maghrib.
Jom solat.
Nak rezeki datang melekat kena lah solat awal waktu.

Wednesday, August 17

Supplement: Perlu atau tidak

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi sahabat-sahabat suri yang hebat. Masha-Allah.

Suri-suri ada amik supplement?
Perlu ke supplement??
Supplement macam mana yang suri patut ambil??

Ok.jom
Saya cerita satu persatu.

Semalam ada perbincangan bersama sahabat-sahabat tentang keperluan supplement.
Ada seorang doktor tidak bersetuju mengambil supplemen kecantikan dan kesihatan. itu mungkin pandangan peribadi kan?


Bagi saya pula,
Ia Sangat perlu. Sebab badan kita perlu kan sokongan. Badan kita nak pakai lama. Bukan untuk sehari dua sahaja.Disamping kita menjaga pemakanan kita seharian,supplement sangat membantu.

Tapi supplement macam mana kita perlu?? Bagi saya back to basic.
Cari lah supplement yang berbentuk makanan sunnah or yang organik. Itu lebih baik dari cari yang ada bahan chemical.

Kita pilih lah banyak sangat supplement kesihatan sekarang ni. Kalau macam saya ni, seorang suri tetapi sibuk juga dengan bisnes dan belajar saya memang amat memerlukan supplement.
Kita perlukan tenaga untuk buat kerja rumah.


kita perlu kan ketenangan untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah yang tak pernah dan tak akan habis.

Kita perlukan kekuatan dan kecerdasan untuk menjadi guru terbaik kepada anak-anak soleh.

Kita perlukan kesihatan yang baik agar kita tidak mudah jatuh sakit. Dan sememangnya setiap suri, walaupun sakit tetap melayan dan menyiapkan keperluan keluarga.

Setuju kan?

Saya mengambil supplemen berbentuk makanan sunnah sebab saya yakin dengan khasiat makanan sunnah dan kalau makanan sunnah ni tak ada lah pantang larang sebab ia bukan ubat-ubatan. nak tahu saya amalkan apa?

(Foto: Koleksi Sharifah Noorhidayah)

Inilah supplement tegar saya. Saya mula ambil ketika anak sulong umur setahun sehingga sekrang. Lebih kurang 2 tahun saya amalkan 
Qaseh gold. 
Alhamdulillah, dalam tempoh ini period saya dah kembali teratur, saya boleh menyusukan anak soleh saya walaupun saya sedang berpuasa, saya jarang mengantuk dan penat pada waktu petang. 
Dan yang paling saya syukur, saya dah tak senggugut. Selalunya sebelum period saya akan senggugut. Syukur Alhamdulillah.

Saya cadangkan lah kepada suri-suri yang inginkan supplement, boleh cuba Qaseh gold dan rasai sendiri kehebatannya. 

Kalau nak order boleh whatsapp saya 013-7901270. InshaAllah saya akan menjadi konsultan terbaik anda dan kongsikan manfaat kepada anda.





Tuesday, August 16

Zihni Vs Thesis

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah sekalian alam.
Syukur sangat hari ni.
Ada perjumpaan dengan Dr (penyelia tesis) berkenaan tesis.
Suami saya pulak ada meeting, tak dapat nak hantar. Selalunya kalau ada perjumpaan memang suami tolong hantar dan jagakan Zihni sekejap.

Saya  cuba maklumkan pada  Dr tak dapat datang, tapi dari jawapan Dr yang minta datang juga membuatkan hati saya tidak tenang.

Akhir sekali, saya ambil keputusan untuk bawak staff saya untuk jagakan zihni sementara saya masuk dalam bilik meeting.Agak lama jugak la dalam sejam setengah.
Sebelum tu, saya tidurkan Zihni dan pesan kepada staff saya kalau Zihni menangis beritahu supaya saya tidak risau.

Macam kelakarkan, risau sangat.Al-maklumlah  saya ni tak pernah tinggalkan Zihni seharian lagi dan disebabkan itu Zihni  tak nak dengan orang lain.

Alhamdulillah, aturan Allah yang sangat cantik. Sepanjang perjumpaan saya dengan Dr, Zihni tidur dan tak menangis dan perjumpaan saya dengan Dr mendapat respon positif dari Dr.
Alhamdulillah.

Satu pengalaman baru juga bagi saya juga.
Mungkin lepas ni dah boleh ke Ukm sendiri dengan bawa staff saya tolong jagakan Zihni sekejap.


Foto ni staff saya send ketika saya berjumpa dengan Dr.



Monday, August 15

Selamat hari lahir Idola Ku

Text:Sharifah Noorhidayah
Foto: Koleksi Sharifah Noorhidayah

Selamat Hari Lahir Ummi..

Insan hebat yang sentiasa menyokong perjuangan saya.

Insan yang sentiasa menadah telinga mendengar celoteh dan luahan saya..

Insan yang sangat saya sayang dan menjadi penyuntik semangat saya setiap masa...

Insan yang sangat tabah menghadapi onak duri ranjau kehidupan..Walaupun bagaimana situasi.Umi akan tetap senyum dan senyuman itu yang menjadi igauan hidup saya.

Insan yang sangat tenang dalam menyelesaikan sesuatu perkara..Tidak pernah saya mendengar umi mengeluh, kadang kala menitis juga air matanya, mungkin itu sebagai luahan rasa yang terpendam dalam diri.

Insan yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan jemu..
Walaupun bersusah payah, menjahit sampai tengah malam,mengajar sehingga hujung minggu namun tiada keluhan malah umi selalu mengucapkan rasa syukur.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau lindungi lah ibu ku pada setiap waktu..
Engkau rahmati lah kehidupannya.. Engkau berkatilah rezekinya..
Engkau tenangkan lah hatinya..
Engkau damaikanlah jiwanya..

Allahumma Waliwalidayya Warhamhuma Kama Rabbayani Saghira.

Selamat hari lahir umi yang ke 56..
Terima kasih umi atas segalanya .
kak De sayang umi...


Sunday, August 14

Pengalaman Baru: Photoshoot

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pengalaman baru bagi kami hari ni. Photoshoot. Agak ketinggalan kami kan? Orang dah maju ke depan kami baru merangkak-rangkak.

Tapi bak kata ramai sifu-sifu usahawan,tiada kalimah 'lambat' bagi orang yang berusaha untuk berjaya. Terima kasih buat adik bongsu kami yang bersedia membantu kami menjadi kameraman dan membuat editing untuk photoshoot hari ni. Dan tak lupa juga model jubah kami Fatin Aqilah. Terima kasih memberi kan kerjasama yang baik dan sporting.

Inilah hasil usaha keras kami.

Alhamdulillah. Lepas ni boleh usaha lebih keras lagi.







Saturday, August 13

Bonding Time: Abang dan Adik

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Mempunyai dua hero agak mencabar dan seronok juga. Abang Ziyad berumur  2 tahun 9 bulan. Adik Zihni 9 bulan. Mereka berdua berkongsi bulan kelahiran yang sama. Genap selang 2 tahun.

Senang hati bila tengok makin lama abang makin pandai jaga dan bermain dengan adik.
Yelah, abang dari adik kecik sibuk nak ajak adik main sama-sama.

Foto: Koleksi Sharifah Noorhidayah
(Dah pandai ajak adik naik kete kecil abang)

Kadang-kadang memang sengaja suruh abang jaga adik, nak bagi abang ada rasa tanggungjawab dan kasih pada adik. 

Foto: koleksi Sharifah Noorhidayah
(Abang ajar adik main lego)

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian pada abang dan adik. Kalau boleh memang nak elakkan mereka dari memegang gadjet. Jadi nak tak nak redha kan je kalau rumah dah macam tongkang pecah.

Tambahan pula, sekarang pagi hingga petang saya dan adik ke butik dan abang tinggal dirumah bersama Wan. Memang bila saya balik rumah abang perlu perhatian dari saya.
Jadi sedikit demi sedikit saya cuba belajar untuk mengajar abang secara santai. 
yelah, anak lelaki ni bukan suka duduk diam dan bukak buku. Mereka suka kan aktiviti. Jadi sebagai ibu memang perlu kreatif dan kritis untuk mengajar secara santai.

Antara aktiviti yang saya lakukan untuk abang dan adik 
1) Susun lego mengikut warna.
Secara tidak langsung, anak- anak belajar mengenal warna.

2) Flash card
Terabur kan flash card dan minta anak-anak ambil mengikut apa yang diarahkan.

3) Tampal Nota ABM berbentuk poster
 A B C 123 atau apa-apa sahaja yang menjana minda anak

Saya tampal ABC, 123, Gambar kenderaan, Gambar perkakas rumah dan sebagainya
Jadi saya akan soal menyoal dan kadang-kadang minta anak tunjukkan item yang sama dengan apa yang disoal.

4) Playdoh
Yang ni saya agak berhati-hati sebab adik masih kecil. 

dan banyak lagi sebenarnya apa yang boleh kita jadikan perkara realiti sebagai bentuk pengajaran kepada anak-anak. Kena rajin bercakap dengan anak supaya merangsang minda dia supaya lebih berani bercerita dan meluahkan apa yang dirasa.
 
Ok.dah azan ni.
nanti sambung lagi. saya tak lah pakar tapi saya seorang ibu yang ingin menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak saya.

Sekian.Terima kasih sudi membaca. 


 

Tips membahagikan masa bersama keluarga dan bisnes

Text: Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi tips,  cara  kami membahagikan masa bersama  keluarga dan bisnes.

1) Susun jadual aktiviti
Lazimnya hujung minggu kami amat padat dengan aktiviti keluarga dan legasi bisnes.
Kalau dah terjun dalam dunia bisnes, mana boleh duduk diam je. Kita kena atur jadual dan masa kita.
selalunya,  kami dah atur untuk jadual bulanan supaya masa bersama keluarga kami tak tinggalkan begitu sahaja.
Selalunya hujung minggu kami akan ke kelas-kelas bisnes, restok produk Qaseh gold yang sangant hangat di pasaran dan  membeli stok kain untuk di jahit.

2) Perbincangan dan persetujuan bersama

Jadual aktiviti kita biarlah mendapat persetujuan semua. Yang penting persetujuan big boss.
Baru lah tak ada perbalahan atau salah faham.
Biarlah kita semua senang hati dengan keputusan yang telah diputuskan.

3) Fokus

Apabila kita dah susun jadual aktiviti kita tu. Biar fokus bila buat sesuatu kerja. Bila fokus baru lah kerja berjalan lancar dan cepat siap. jangan buat A fikir aktiviti B. bila buat aktiviti B fikir pulak aktiviti C. Kalau tak fokus semua kerja tak sempurna dan tak siap. Jadi masa dah rugi kan.

4) Enjoy dengan aktiviti yang diaturkan

Apa-apa aktiviti yang kita aturkan sama ada hal bisnes atau hal keluarga. Raikan dan enjoy apa yang kita lakukan. Jangan fikiran menerawang ke tempat lain.

jangan sampai pasangan atau keluarga kita  sampai muncung mulut pulak.

5) Family + Bisnes

Kalau family kecil saya, ke mana-mana kami pergi seboleh-boleh nya kami bawa anak-anak sekali. Bagi kami detik bersama anak,bersusah-susah angkut anak masa tengah beli kain, survey barang bisnes atau ke kelas adalah moment yang sangat dihargai. Atleast kita sibuk-sibuk masa bersama anak dapat diluangkan.

ok selamat mencuba.
Doakan juga semoga kami berjaya mencapai target yang kami impikan.
Amiiin.

Jom tolong umi masak kat dapur. (balik kampung kena tolong umi lah kan).

Friday, August 12

Balik kampung

Text : Sharifah Noorhidayah

Foto: Koleksi Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap bulan, kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Pahang. Rumah Mak saya lah.Rumah mertua di Salak Tinggi je. Jadi kami hanya memikirkan balik 1 kampung je. tak lah gaduh nak balik mana kan.

Walaupun sibuk dengan tesis dan bisnes dan rutin di sini, tanggungjawab sebagai anak tidak kami lupakan. Kejayaan kan datang dari doa ibu dan ayah.

Alhamdulillah, bila balik kampung bisnes tetap jalan. syukur Allah luaskan rezeki buat kami.
Ummi saya adalah orang yang paling kuat membantu kami dalam bisnes.
Umi lah yang memperkembangkan bisnes kami di Jerantut, baik Qasehgold atau Jubah.

Jadi malam ni, kami bergerak balik ke Pahang.
Doakan perjalanan kami sekeluarga.

Zihni, peneman Ummi

Text : Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.terima kasih kepada Allah yang memberi pinjam nikmat kesihatan dan ilham pada saya untuk menulis entri seterusnya.

Foto: Koleksi Sharifah Noorhidayah

Inilah anak comel saya, Zihni namanya. Umur nya dah masuk 9 bulan.
Zihni lah peneman Ummi ke mana-mana. 
Ke sekolah pon bawak Zihni. Best kan sekolah saya boleh bawak baby.
Sekolah saya mengamalkan sistem khalifah, jadi sebab itu lah boleh bawak Zihni asalkan tidak menggangu pembelajaran. Setakat ni Alhamdulillah. 

zihni sangat memahami, selalu memberi kerjasama. setengah jam selepas mandi pagi,zihni akan tidur sehingga habis kelas jam 9.

Okey itu sahaja, jom zihni nak ke butik plak.

Thursday, August 11

Tips Pemilihan Material Jubah

Text : Sharifah Norhidayah
Foto: Koleksi Butik Rehlaizaa

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni terasa nak share sesuatu dengan para pencinta Jubah/Dress.
Disebabkan saya salah seorang para pencinta Jubah. 90% dari koleksi pakaian di  gerobok baju saya adalah Jubah.

Macam-macam jenis Jubah saya ada dan dari sini lah saya belajar dan kenal material kain untuk Jubah yang Best dan Terbaik.

Saya mula mengumpul koleksi Jubah pada tahun 2007 yang mana Maahad Tahfiz saya tidak membenarkan pelajar memakai pakaian lain selain Jubah. Jadi lebih kurang 9 tahun la pengalaman saya dengan Jubah.

Ok jom berbalik pada jenis material Jubah.
Ada macam-macam kain yang menjadi pilihan tailor dan designer pada masa kini.

Antaranya:
Koshibo
-------
Koshibo ni pulak kena tahu ada havvy koshibo dan peach koshibo. selalunya kalau peach koshibo ni kainnya agak nipis dan panas. tetapi havvy koshibo ni best.tebal, tak jarang dan tak lah panas.
harga kain pon murah jugak. sebab itu lah kalau nampak ada jual di butik- butik, kebiasaanya jubah jenid  kain koshibo ni murah berbanding material lain.

crepe
------------
ok,Crepe ni ada 3 jenis crepe yang saya tahu berdasarkan pengalaman.
1)moss crepe
2)como crepe
3)poly crepe

Paling best adalah como crepe.

Sebab ape?sebab material kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia. Materialnya lembut dan tidak panas.
Kain nya agak berat berbanding kain satin.
Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut.
Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai  Jubah nampak agak kurus ketika menggayakannya.
Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

poly crepe
-----------

Poly crepe ni lebih kurang como crepe tetapi ia agak kasar sedikit berbanding como crepe. Namun begitu, si pemakai Jubah tetap nampak kurus dan anggun  ketika menggayakannya.
sama seperti como crepe kain ini tidak panas dan tidak jarang.

Moss crepe
----------

Moss Crepe ini pun best dan ada peminat  yang tersendiri kerana ia  tidak perlu di gosok dan sukar nampak kedutannya.
Materialnya lebih lembut berbanding kain como crepe dan  lebih sedap dan sejuk di pakai.
Tetapi material ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat.
Kain moss crepe bukan sahaja sesuai di buat jubah tetapi juga untuk blouse dan cardigan panjang.

Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika menggayakannya.
Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil.

Serba sedikit tentang pemilihan fabrik jubah. nanti saya sambung lagi. panjang lagi nak cerita.

Jom cuci mata.

Jubah Printed Zinnirah baru release hari ni...

KISMIS dan KHASIATNYA

Text : Sharifah Noorhidayah

KISMIS Dalam Qaseh Gold Junior

Bila sebut sal kismis ni teringat zaman-zaman sekolah dulu. Umi bekalkan kismis dan cikgu-cikgu pun kalau musim peperiksaan mesti dapat kismis.
jom kite cerita sikit tentang khasiat kismis.

Kismis...
Lazimnya kita  semua tahu kismis ada kaitan dengan minda kan.ya! Kismis membekalkan tenaga & meningkatkan keupayaan minda.

kismis Bercirikan antiBakteria & antiOksidan supaya tubuh kuat melawan jangkitan.
kismis juga mengandungi mineral yang melindungi gigi & mata serta menguatkan tulang.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen dari jantung ke otak.

Kismis mengandungi 70% fruktosa (gula ringkas buah-buahan) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk memberikan anak anda tenaga segera.

kepada ibu-ibu yang sukar memberikan anak makan kismis. saya cadangkan pengambilan qasehjunior.
Ia amat mudah dan menjimatkan masa.
cuba lah.pasti anda teruja.

Qaseh Gold Junior dengan khasiat kismis sangat sesuai bagi anak anda yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir semasa belajar.

Qaseh Gold Junior memberikan anak anda khasiat kismis yang kaya anti oksidan dan membekalkan tubuh badan anda dengan mineral zatBesi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

selamat mencuba.

Wednesday, August 10

Bisnes kecil- kecil

Text : sharifah noorhidayah

saya mula belajar-belajar buat duit dengan bisnes rasanya pada zaman belajar di universiti. seingat saya pada masa itu saya menjual stokin sandy opaque dari mesir dan tudung mesir.

Oleh kerana pada zaman tu, sangat susah untuk mendapatkan tudung labuh bidang 60 dan stokin yg tebal dan panjang.tak macam sekarang dah banyak material kain dan fesyen-fesyen tudung labuh dan macam-macam jenis stokin.jadi saya mula menjual atas sebab saya nak dapat murah.

jadi permulaan pertama ramai kawan-kawan yang membeli dari saya. hasil dari untung yang x besar mana,saya boleh reward diri dengan membeli jubah,tudung dan lain-lain.biasa lah perempuan kan.sanggup berhabis duit untuk pakaian dari fikir nak makan.

habis sem 5 belajar di USIM,saya berkahwin dan mendapat tawaran bekerja sebagai guru ganti di SAMBBST. Saya stop menjual tetapi selepas tamat menjadi guru ganti dan ingin mencari duit poket, saya kembali menjual stokin dan tudung mesir.
kelemahan saya pada masa tu, saya malu nak bagitahu saya ni jual barang. jika orang bertanya sahaja baru saya akan cerita.

bersambung....

p/s: seronok menjual ni bila ada orang nak beli barang kita. kita rasa puas. betol kan?
nasihat saya pada yang baru nak berjinak dengan bisnes. bermula lah dengan kecil-kecilan dan cari ilmu.

Tuesday, August 9

Simanja dan Qaseh Junior

Text : Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Seperti hari-hari biasa, setiap pagi bangun mandi,solat subuh, sediakan pakaian suami untuk ke kerja  dan serentak waktu itu pasti anak sulong saya akan bangun. anak sulong saya namaya Ziyad dan berumur 2 tahun 8 bulan.

Pagi- pagi Ziyad pasti  bangun mintak air Qoqostevia dan Qaseh Junior.
Alhamdulillah. sejak umur ziyad 1 tahun saya mula beri ziyad Qaseh Junior atas sebab dia memang kurang selera makan dan berat nya hanya 8kilo sahaja  pada waktu itu.
Hati saya sedikit risau tapi tugas saya sebagai seorang ibu mesti mencari jalan penyelesaian

Hasil dari cadangan kawan-kawan yang beritahu Qaseh Junior merupakan supplement makanan sunnah yang membantu si manja menguatkan imun, antibodi dan membantu si manja menambah selera makan.
Saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit research berkenaan Qaseh.

Alhamdulillah sekarang  sehingga sekarang Ziyad selera makan.Kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah anak kurang selera makan, kerap demam. marilah cuba Qaseh Junior. 

Foto : Koleksi Sharifah Noorhidayah

Monday, August 8

IMPIAN BER BLOG TERCAPAI

Text : Sharifah Noorhidayah

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila sudah melangkah ke dunia bisnes, hari-hari saya memikirkan bagaimana nak branding kan jenama dan produk 'REHLAIZAA'.

Sebelum ni memang menggunakan 100% facebook sebagai platform marketing bisnes. Saya belajar buat fanpage di facebook.  Bermula di facebook lah mula mengenali nama ABDR.

Niat untuk melangkah ke medium "blog" sudah lama menjadi impian. sudah beberapa kali "sign up" tapi apabila tiada ilmu, blog bersarang dan bersemak tanpa isi. Mengenangkan kembali hasrat untuk menaikkan nama "REHLAIZAA.  Saya  tak boleh bertagguh-tangguh untuk belajar blog. Saya mula menjadi 'stalker' di facebook untuk mencari guru blog.
Saya mula mengenali nama cikgu Anys Idayu Zakaria.

Apalagi saya terus mesej beliau di facebook. Kelas yang diadakan berbentuk online.Lama saya berfikir, boleh faham ke kalau belajar jarak jauh begini. Sudahnya nanti blog tidak menjadi pula. Saya pendam hasrat tetapi dalam masa sama saya follow facebook puan Anys untuk dapat input.
Suatu hari,dapat iklan dari Group bisnes Qaseh dari kak Ezzalin nak bawa cikgu Anys idayu turun ke teratak NQN sifu Zalina.
Saya terus daftarkan nama walaupun pada masa tu saya tak ada duit nk bayar yuran kelas. Tapi dengan azam saya nak belajar Allah permudahkan. Suami tercinta saya belanja yuran kelas.
Alhamdulillah.

Hari kejadian
.................

Bertemankan suami dan hero-hero hadir ke kelas, suami bantu  saya untuk menjaga hero-hero. alhamdulillah. Terima kasih encik suami.

Ok.berbalik cerita kelas blog tadi.
Memang luar jangkaan. Kalau dulu penah jugak tengok kawan - kawan ajar minta copy link dari blog lain dan tiru step sahaja tapi di kelas blog ni memang lain. cikgu anys memang ajar kami satu persatu dengan jelas dan melayan kami yang buta IT ni. Cikgu pergi satu meja ke satu meja dan akhirnya tercipta satu Blog yang saya sendiri tak sangka, saya dah ada blog.

Alhamdulillah.terima kasih cikgu Anys idayu dan sahabat semua.

Foto : Koleksi Sharifah Noorhidayah

Saturday, August 6

PENGENALAN DIRI

Text : Puan sharifah noorhidayah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya dapat juga menyiapkan entri pertama. Salam perkenalan dari saya. Nama diberi Sharifah Noorhidayah binti Syed Aziz, merupakan ummi kepada dua orang hero (Ziyad dan Zihni) dan isteri kepada  Ust Lissailin,  insan yang banyak berkorban demi keluarga kecil ini.
Terima kasih suami ku sayang.

Saya mendapat pendidikan  awal di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan SMKA TAHAP Jerantut. Kemudian menyambung pengajian  dalam bidang Tahfiz Al-Quran wal Qiraat dan seterusnya menyambung pengajian di USIM-DARUL QURAN JAKIM.
saya graduasi pada tahun 2013 dan terus menyambung ke peringkat seterusnya dalam bidang sarjana pengajian al-Quran dan al-sunnah. dan sekarang sedang menyiapkan kajian sarjana saya.

Jika menyebut tentang cita-cita, setiap orang pasti punya azam yang tinggi. sama jugak seperti saya yang amat mencintai bidang pendidikan. Dari kecil saya bercita-cita menjadi seorang guru/ ustazah atau seorang pensyarah. Saya pernah menjadi guru ganti di beberapa sekolah namun setelah menerima cahaya mata pertama, saya tidak lagi berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Fokus saya sudah beralih kepada anak kecil saya. Demi melihat anak-anak kecil membesar depan mata. saya  sanggup mengetepikan hasrat menjadi seorang guru. 
inshaallah jika diizinkan suatu hari nanti saya akan membuka sekolah tahfiz di bawah kelolaan saya.
Inshaallah.

Sekarang saya terlibat dengan menjadi  part time tutor tahfiz di KMSS dan saya sangat beruntung kerana sekolah ini membenarkan tutor membawa anak asalkan tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. alhamdulillah.

Aturan Allah sememangnya cantik, saya tidak pernah menyangka akan terlibat dengan dunia bisnes secara serius.
sebenarnya banyaj juga bisnes cuba-cuba saya dan suami dan ia menjadi pengalaman yang berharga buat kami.
bermula dari bisnes stokin, tudung, pakaian baby dan bundle. sekarang kami telah membuka sebuah butik sendiri.
alhamdulillah.

sebenarnya saya banyak menimba ilmu bisnes dari Qaseh gold dan leader- leader yang ada.
Dari bagaimana ingin berani update post du facebook tanpa memikirkan tanggapan orang terhadap kita, bagaimana ingin close sale, bagaimana ingin memperluaskan bisnes dan sebagainya sehinggalah belajar blog.

Inshaallah, melalui medium blog ini. saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu saya berkenaan dengan bisnes Qasehgold, bisnes butik Jubah dan pakaian muslimah dan ilmu- ilmu al-Quran.
Inshaallah.